Pengenalan
Dugaan getir dalam kehidupan sering menggugat kesejahteraan hidup seseorang. Ini telah mendorong Takaful IKHLAS untuk mencipta satu pelan yang berupaya untuk meringankan sedikit bebanan penderitaan dan pengalaman pahit akibat daripada dugaan getir kehidupan.KHLAS LIFESTYLE TAKAFUL merupakan pelan perlindungan tahap perseorangan yang menyertakan keuntungan untuk diagihkan semula kepada para peserta. Pelan ini direka untuk memberi perlindungan ke atas kematian dan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh peserta sebelum tempoh matang sijil. Tempoh Sijil adalah dari 5 hingga 42 tahun dan sumbangan perlu dibuat sehingga tempoh matang sijil. Pelan ini direka khusus untuk memberi jaminan perlindungan kepada anda dan yang tersayang di kala menghadapi saat-saat ketidaktentuan dan kegetiran kehidupan. Manfaat tempoh matang merupakan jumlah sumbangan terkumpul (bersih daripada sebarangan caj) di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Lifestyle? Manfaat Kematian dan Kehilangan Upaya Menyeluruh - Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, terhadap peserta (mana-mana yang terdahulu) di dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan (SC) berserta dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekatnya. Sekiranya berlaku kematian kepada peserta, manfaat perbelanjaan pengkebumian akan dibayar kepada waris peserta sebanyak 10% dari Jumlah Perlindungan Sijil, tertakluk kepada jumlah maksima sebanyak RM10,000.00.
Nota : Sekiranya berlaku Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), manfaat sijil akan dibayar kepada peserta.

No comments:
Post a Comment