Dec 5, 2010

IKHLAS MEDIC TAKAFUL

1 Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HAA)
  • bagi panel hospital yang diluluskan - untuk kemudahan tuntutan.

2. Perlindungan Komprehensif
  •  peerlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan di bayar mengikut caj yang berpatutan dan    diterima umum dilokasi dimana anda menerima rawatan.

3. Pembaharuan Sehingga Umur 70 Tahun
  • Sijil diperbaharui di atass keputusan peserta. Pihak Takaful Ikhlaas tidaaak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah kepada pengecualian di dalam sijil paada maasa pembaharuan tertakluk pada  terma & syarat Akan tetapi, sijilini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut syarat Penaeikan Balik Portfolio.

4. Pengiraan Sumbangan secara Berkelompok
  • Sumbangan Taakaful adalah tidak ddijamin . Aaaaakan tetapi kenaikkan kadar sumbangan secara kellompokdan perlu diluluskan oleh Bank Negara Malaysiaaa. ini bermaksud mereka telaah membuat tuntutan keatas sijil akan  dikenakan sunmbangan yang lebih daripada yang mereka yang lain


5. Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya
  • Selain daripaada had tahunan keseluruhaan  dan  had Jangkaan Hayat tiada had lain yang dikenakan ke atas jumlah tuntutaan untuk setiap hilang upaya


6. Kadar Ssumbangan Uniseks
  • Kadar Sumbangaaan yang dikenakan  mengikut umur dan tidak ada perbezaan diantara sumbangan untuk lelaki dan wanita


7. Sumbangan Yang Dikenakan
  • Sumbangan adalah berdasarkan umur pada harijadi yang akan datang daaan dicarumkan setiap tahun pada kadar   yang dditentukan seemasa pembaharuan.Sumbangan adalah untuk orang yang sihat sahaja daaan sumbangaan tambaahan dddicaaaj kepada orang yang kurang sihat.Sumbangan tidak dijamin dan tetakluk kepada    perubahan.

8. Pemohonan Yang Mudah
  • Permohonan adalah sangat mudah. Sessiapa yang berumur di antaraa 19 hingga 60 tahun layak memohon. Sijil ini boleh dilanjutkan kepada anak-anak tanggungan anda yaang berumur dari 30 hari hingga 19 tahum ( sehinnga berumur 23 tahun jika pelajar separuh masa).
MENGAPA TAKAFUL IKHLAS????

Takaful ikhlas Sdn. Bhd ialah anak syarikat MNRB Holding Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan prinsip syariah. Kami turut memberi keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan.
kami percaya kepada falsafah ``memudahkan urusan pernigaan" kepada perniagaan kami yang paling utama - pelanggan kami.

Kami menggunapakai kontrak `tabarru' dimana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditetapkan daripada sumbangan kepada risiko untuk membamtu peserta lain.Model Wakala (model takaful ikhlas) kami memastikan peserta akn mendapat manfaat daripada keuntungan pelaburan dan kelebihan dalam dana risiko.

PENGECUALIAN
  1. Tempoh menunggu 30 hari kecuali bagi kecederaan yang berpunca daripada kemalangan 
  2. penyakit sediaada di kecualikan
  3.  pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak, yang diimplankan dan preskripsinya.
  4. penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila di perlukan kerana kecederaan Akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh Takaful.
  5. penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya, AIDS, HIV dan penyakit berjangkit yang memmerlukan kurantin undang-undang.
  6.  Apa-apa rawatan atau operasi pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenial termasuk penyakit keturunan.
  7. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran anak, menggugurkan anak dan jagaan serta pembedahan sebelum dan selepas bersalin, kaedah kawalan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, disfungsi eretif dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.
  8. Penghospitalan terutama untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-x, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnorsis Hilang upaya yang dilindungi yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
  9.  Bunuh diri, perbuatan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.
  10. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat certas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara lansung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau penderhakaan tentera.
  11. Radiasi pengionan atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.
  12. Belanja yang ditanggugn untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh peserta dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika transplan organ dan komplikasinya..
  13. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan,khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.
  14. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak dikehendaki atau setakat yang ia dibayar oleh mana-mana insurans lain atau tanggung rugi yang melindungi peserta dan Hilang Upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan Pekerja.
  15. Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).
  16. Kos/belanja bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak.
  17. Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjunan udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti yang tidak dibenarkan.
  18. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
  19. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.













    No comments:

    Post a Comment