Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Houseowner/Householder?
IKHLAS Houseowner/HouseHolder direka untuk melindungi harta anda terhadap bencana berikut:-1. | Kebakaran |
2. | Kilat |
3. | Letupan |
4. | Kerosakan akibat impak pesawat udara |
5. | Kerosakan impak |
6. | tangki air pecah atau melimpah |
7. | Kecurian (masuk secara paksaan sahaja) |
8. | Hurikan, siklon, taufan, ribut |
9. | Gempa bumi dan letusan gunung berapi |
10. | Banjir |
11. | Hilang sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan) |
12. | Tanggungan Awam Peribadi |
Sijil Ikhlas Houseowner
Pelan takaful ini melindungi BANGUNAN kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan akibat ketidaktentuan No. 1 hingga 12 tersenarai di atas. Sijil Ikhlas Householder
Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.Ia juga melindungi ketidaktentuan yang sama di bawah Sijil Houseowner (item 1 hingga 12), TERMASUK perlindungan tambahan terhadap:
- Pemecahan cermin ( selain daripada cermin tangan terhad kepada harga RM500 sekeping pada sebarang kejadian) semasa di dalam rumah anda
- Pampasan ke atas kematian peserta
- Hartamilik pembantu rumah
Manfaat-manfaat pilihan dengan sumbangan tambahan
- Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan khianat
- Perlindungan sewa tambahan
- Tanggungan Awam - had-had tambahan
- Kecurian tanpa had yang disertai dengan kemasukan secara paksaan
dan keganasan ke dalam dan/atau keluar rumah anda (pemilikan
rumah sahaja)

No comments:
Post a Comment