Persiapan kembali ke sekolah bagi 100 orang anak-anak miskin dan yatimdi negeri Perlis , Kedah
dan Kuala Lumpur kali ini lebih ceria apabila diberiakan beg dan peralatan sekolah serta wang sumbangan
minimum sebanyak RM 100.00 untuk membeli baju sekolah dan kasutkepada setiap kanak-kanak di
bawah program "back to school". Bantuan ini diberikan oleh Takaful Ikhlas sdn bhn (takaful ikhlas) dalam tiga majlis penyerahan yang berbeza baru-baru ini.
Bercakap bagi pihak syarikat Takaful Ikhlas semasa majlis penyerahan yang berlansung di ibu pejabat
Takaful Ikhlas , Presiden & Ketua Pegawai Eksekusif, Dato' Hj Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman
berkata, "sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami sentiasa prihatin dengan kesusahan golongan mereka yang kurang berkemampuan. Sehubungan itu, Takaful Ikhlas melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat- Ikhlas untuk komuniti memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada 100 orang anak-anak yatim. 60 orang anak yatim dari Kedah dan Perlis ini adalah yang terlibat dengan banjir besar baru-baru ini. Kami berharap dengan adanya sumbangan ini dapat menolong meringankan bebanan perbelanjaaan nmereka menghadapi persiapan untuk memulakan sesi persekolahan mereka selepas bercuti. kami juga berharap mereka boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran akademik tanpa merasa bimbang memikirkan peralatan sekolah yang perlu disediakan.
Objektif utama sumbangan ini adalah untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembentukan masyarakat penyanyang serta memupuk budaya sedekah. Takaful Ikhlas juga berharap pada masa hadapan, pihak
syarikat dapat memberiakan lebih banyak sumbangan kepada mereka yanag memerlukan supaya golongan yang kurang bernasib baik ini mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya.
Takaful Ikhlas yang mula beroperasi pada julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holding Berhad, sebuah syarikat pemegang pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia dimana pemegang saham utama adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera. Takaful Ikhlas yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan di pejabat korporatnya di south Bangsar Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di klang, Kota Bahru, Johor Bahru , Sungai Petani, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah
Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.
