Mar 14, 2011

TAKAFUL IKHLAS MENANG ANUGERAH













TAKAFUL IKHLAS BELANJA RM 20 RIBU UNTUK PROGRAM WARGA TUA SRI TANJUNG

KUANG (SELANGOR), 23 Feb (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd membelanjakan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk menjayakan Program Warga Tua Sri Tanjung, iaitu program berlandaskan tanggungjawab sosial syarikat tersebut bersama warga emas.

Raihan Rahim, Naib Presiden Komunikasi Korporat Takaful Ikhlas berkata perbelanjaan tersebut meliputi kos pemeriksaan kesihatan dan pembelian barangan keperluan.

Menurut Raihan, tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai sifat penyayang antara golongan belia dan warga tua agar mereka terasa dihargai dan diperlukan di kalangan masyarakat.

"Melalui program ini, warga emas di rumah kebajikan tersebut akan menjalani sesi pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan KL HeartCare dan ditanggung sepenuhnya oleh Takaful Ikhlas," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Abdul Shukur M.Zain, Pengarah Pembangunan Perniagaan KL HeartCare berkata antara pemeriksaan kesihatan yang diberikan merangkumi pemeriksaan ujian lengkap darah dan fizikal.

Laporan kesihatan ini akan diberikan kepada pihak pengurusan dan KL HeartCare akan menyarankan doktor yang bersesuaian, menurutnya.

Azizah Ismail, Pengasas Rumah Penjagaan Warga Tua Sri Tanjung berkata ia ditubuhkan sejak tahun 1999 dan kini mempunyai 27 orang penghuni, iaitu tiga lelaki dan 24 wanita berumur dalam lingkungan 60 hingga 100 tahun.

-- BERNAMA












 

Mar 13, 2011

The Brandlaurareate SMEs Chapter Awards 2010

Anugerah ini telah diterima pada 24 januari 2010 atas  perkhimatan yang diberikan adalah yang terbaik

Takaful IKHLAS menang Anugerah ‘BrandLaureate Bahagian PKS 2010’ untuk tahun ketiga berturut-turut.
Anugerah atas kecemerlangan itu adalah dalam kategori Jenama Korporat-Jenama Terbaik-Perkhidmatan Perlindungan Kewangan Islam (dua tahun berturut-turut) dan Penjenama Produk-Jenama Terbaik-Perkhidmatan Insurans Kesihatan (tiga tahun berturut-turut).

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, pencapaian itu membuktikan produk perlindungan Takaful Ikhlas sesuai dengan keperluan Malaysia.
“Antara kategori yang dimenangi adalah menerusi produk Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT), katanya.
Harian Metro







Takaful Ikhlas Menang Anugerah BrandLaureate-SMEs Chapter Untuk Kali Ketiga

Presiden dan Ketua Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Presiden dan Ketua Eksekutif BrandLaureate Dr. K.K. Johan di Anugerah "BrandLaureate Bahagian PKS 2010". Foto: Ihsan Takaful IKHLASKUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Takaful Ikhlas menang Anugerah "BrandLaureate Bahagian PKS 2010" untuk tahun ketiga berturut-turut.

Anugerah atas kecemerlangan itu adalah dalam kategori Jenama Korporat - Jenama Terbaik - Perkhidmatan Perlindungan Kewangan Islam (dua tahun berturut-turut) dan Penjenama Produk - Jenama Terbaik - Perkhidmatan Insurans Kesihatan (tiga tahun berturut-turut).

Presiden dan Ketua Eksekutif Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata pencapaian itu membuktikan bahawa produk perlindungan oleh Takaful Ikhlas diterima baik dan sesuai dengan kehendak dan keperluan Malaysia.

"Antara kategori yang kami menang selama tiga tahun berturut-turut adalah menerusi produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT), pelan perlindungan perubatan yang unik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

IMAT merupakan penawaran perlindungan takaful terendah dalam insurans dan takaful dengan pembaharuan untuk bil hospital dan kos pembedahan.

-- BERNAMA

Feb 1, 2011

TAKAFUL IKHLAS MENANGI ANUGERAH BRANDLAUREATE


TAKAFUL IKHLAS :MNRB MASIH MAHU TERUS KUASAI EKUITI

MNRB Holdings Bhd. (MNRB) dipercayai tidak bercadang melupuskan kesemua pegangannya dalam Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) kepada Allianz Malaysia Bhd. (Allianz). Sebaliknya, difahamkan MNRB masih mahu terus menguasai sebahagian besar ekuiti dalam Takaful Ikhlas. Pendirian itu berasaskan kepada prestasi menggalakkan Takaful Ikhlas yang kini menjadi pengendali takaful ketiga terbesar di Malaysia selepas Etiqa dan Takaful Malaysia. Takaful Ikhlas juga menerajui dalam beberapa portfolio takaful.
Malah, menurut jurucakap MNRB, syarikat itu mahu menjadikan Takaful Ikhlas sebagai syarikat takaful yang berwibawa bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara. Seorang penganalisis ekonomi berkata, Takaful Ikhlas adalah penjana tunai kepada MNRB, sudah tentu ia merupakan satu kerugian sekiranya MNRB melepaskan kepada Allianz. Apatah lagi, katanya, jenama Takaful Ikhlas semakin kukuh dari segi produk dan rangkaiannya.
Bagaimanapun, penganalisis ekonomi itu tidak menolak Takaful Ikhlas mampu berkembang lebih pesat di bawah Allianz. ''Allianz sudah tentunya mahu menguasai Takaful Ikhlas, portfolio yang belum dimilikinya, tetapi ia sukar,'' ujarnya kepada Utusan Malaysia. Allianz adalah syarikat pelaburan bagi Allianz General Insurance Company (M) Bhd. (AGIC) dan Bright Mission Bhd., entiti bagi sayap insurans am dan Allianz Life (M) Bhd. bagi insurans nyawa.
MNRB dan Allianz mendapat persetujuan daripada Bank Negara Malaysia untuk memulakan rundingan bagi pembelian ekuiti dalam Takaful Ikhlas pada 17 Disember lalu.
Isu pembelian kepentingan Takaful Ikhlas diperkatakan pada tahun ini apabila syrikat itu dikatakan akan menerima suntikan daripada entiti asing. Takaful Ikhlas juga didakwa turut menarik minat Malayan Banking Bhd. (Maybank) tetapi spekulasi itu dinafikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Pengendali takaful itu juga dikatakan mahu dimiliki oleh Bank Rakyat.
Jurucakap MNRB itu, proses rundingan yang telah bermula, bagaimanapun buat masa ini tiada tarikh tertentu ditetapkan bagi memuktamadkan sebarang keputusan

ALLIANZ GETS NOD FOR TALKS WITH MNRB

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH